Sunday, July 27, 2008

Khidmat Bantu PSS BTPN Johor.



Kota Tinggi. Selasa, 6 Mei 2008.

Seramai 40 peserta daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) mula tiba di SK. Tanjung Surat kira-kira jam 4.00 petang untuk menyertai program khidmat bantu. Program tersebut merupakan program kali ke dua yang dianjurkan oleh BTPNJ dalam memartabatkan dan meningkatkan keupayaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) khasnya sekolah-sekolah pedalaman di Negeri Johor. Kali pertama program seumpama ini telah dilaksanakankan di SK Peta, Mersing pada tahun 2007.

Operasi kali ini diharapkan akan dapat meningkat pengurusan PSS dan sistem pentadbiran disamping meningkatkan kadar pembacaan dan penggunaan PSS di SK Tanjung Surat.

Monday, January 7, 2008

Kembali Ke Sekolah....

Apa la... orang tak nangis pun...
Makan kenyang-kenyang nak ye.... nanti senang ingat apa yang cikgu ajar.

Lama lagi ke nak balik ???? Nak tengok tv... Blues Clues!!

Pada 3 Januari yang lalu, semua sekolah di buka semula secara rasminya. Bermacam-macam gelagat murid-murid sekolah dapat dilihat. Setelah bercuti hampir 2 bulan lamanya, permulaan sekolah merupakan satu fenomena yang berbeza terutamanya bagi murid-murid tahun satu. Jika sebelum ini ada yang pernah menjejakkan kaki ke mana-mana tadika atau pusat asuhan kanak-kanak, fenomena ini bukanlah satu yang luar biasa. Bagi yang baru bermula alam persekolahan, minggu pertama merupakan masa perubahan yang perlu diubah. Banyak pengalaman-pengalaman yang menarik untuk dilalui oleh mereka-mereka ini.





Saturday, December 15, 2007

Kursus Pembinaan Laman Web


Pada 9 hingga 12 Disember yang lalu kursus pembinaan bahan bantu mengajar berasaskan web utnuk guru-guru pemulihan daerah Batu Pahat. Dijalankan di Glory Beach Resort. Peserta kursus memberikan komitmen yang baik.

Penceramah :
En. Asrar Najib - PKG Parit Raja.
En. Roslan Ramli - PKG Tongkang Pechah.

Kursus Grafik dan Animasi


Kursus ini telah diadakan di Casa Rachado Resort, Port Dickson pada 28 hingga 30 Oktober yang lalu. Kursus ini dipimpin oleh Pn. Helen dan tenaga pengajarnya ialah En. Hussin dari Unit Peperiksaan dan Penilaian JPNJ dan En. Abd. Rahman. Semoga kursus seperti ini dapat diteruskan keperingkat seterusnya.

Bengkel Verifikasi Data NILAM 2007


Pada 12 ~14 Disember 2007, Bengkel ini dijalankan di Hotel Pontian. Semua data dapat di "verified".
download more picture , klik Sini

Sunday, December 9, 2007

Mesyuarat/Bengkel Persiapan Hari Q JPN Johor


Diadakan di Hotel Pontian, Pontian Johor pada 3 hinga 5 Disember yang lalu. Antara yang dibuat ialah brochure eNILAM versi web, poster, bookmark, bunting dan beberapa persiapan lain.

Saturday, April 21, 2007

Kursus i-Mac Daerah Batu Pahat


Kursus ini telah dijalankan pada 5 dan 6 April 2007. Dalam kursus ini para peserta telah diberikan pendedahan terutama untuk menghasilkan bahan P&P berbantukan komputer dengan menggunakan i-Mac yang masih baru dikalangan guru-guru. Semua perisian yang digunakan yang telah siap-sedia ada dalam setiap i-Mac Notebook.